Jumaat, Mac 28, 2008

Daulat Tuanku

Mendan amat menyokong penuh segala keputusan yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan kemelut perlantikan MB Terengganu. Moga ia menjadi duluan mengikat sekiranya berlaku lagi pada masa-masa akan datang. Ini merupakan satu harapan baru kepada Malaysia ... Raja yang arif dan bijaksana ..... DAULAT TUANKU

My Question to MB Selangor (in THE STAR)

The Star Online > Nation

Khalid plans to work with Federal Government

CAFE LATTE CHAT

sunday@thestar.com.my

More than 600 e-mails were sent to Tan Sri Khalid Ibrahim when The Star asked readers to pose questions to the newly appointed Mentri Besar. The questions were often direct to the point, with most readers wanting to know what Khalid’s priorities were, particularly in relation to the economy of Malaysia’s most industrialised state.

The environment was another major issue, reflecting Malaysians’ growing concern over the subject. The Star Group Chief Editor Datuk Wong Chun Wai, in his latest Cafe Latte Chat series, met Khalid on Monday, shortly after the new state executive councillors were sworn in.


CRIME

Will you push the Anti-Corruption Agency to reopen cases that remained dormant during the previous MB’s administration? – Hamdan Datuk Hj Mohd Salleh (Faculty of Social Science and Industrial Studies, Universiti Industri Selangor)

Khalid: I’ll do it but at the moment I have not seen anything. But my idea for the future is to reduce it. The main issue is the future, that’s why I’ve been talking about making sure of the legislation and the environment that allow this.

Isnin, Mac 24, 2008

HAJI AWANG MUHAMMAD YUSOF KENALI (1868-1933) SATU SEJARAH RINGKAS

Hamdan Dato’ Mohd. Salleh

Haji Awang Muhammad Yusof Kenali atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali merupakan seorang ulamak yang amat masyhur bukan sahaja bagi negeri Kelantan malah di negeri-negeri lain di Malaysia secara amnya serta wilayah-wilayah selatan Thailand[1].

Walaupun beliau bukanlah seorang penulis yang konsisten seperti Syed Syeikh al-Hady[2], namun beliau merupakan seorang penulis yang gagah lagi jelas pemikirannya. Seandainya beliau tidak terbeban dengan pelbagai tugas dan terus menulis dengan tekun, sudah tentu Tok Kenali dapat dibariskan dengan tokoh-tokoh penulisan prolifik negara.

Tok Kenali sejak dari usia yang muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas-tugas penulisan serta peranan majalah-majalah dan akhbar-akhbar sebagai mass media yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu Islam . Atas kesedaran itulah beliau tampil mempelopori usaha memimpin majalah ‘Pengasoh’ yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan walaupun beliau terbeban dengan tugas-tugas besar yang lain. Ini dapat diperhatikan dalam tulisannya dalam keluaran pertama majalah ‘Pengasoh’ :

Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada medan kuda ini. Sekiranya jika ada orang yang mengenangkan pekerjaan saya ini berhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu jadi kikit bagi sekelian penembak. Jika idak ia pejam matanya, nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi tatkala adalah yang dituntut daripada sesorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri dalam lautan api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama ada angin yang baik itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya lihat perubahan yang baru lagi elok ……..

Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada menghimpunkan antara anak-anak Melayu kita ini, maka cintalah saya denga harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam Semenajung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang dipunya oleh anak-anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan agama ………….

Cuba engkau tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan kerana amalan yang kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh kerana malan yang kejahatan , maka disitulah ‘Pengasoh’ bertimpus[3] membedakkan sekelian yang hadir dengan bedak pengharapan , mudah-mudahan subur sekelian dengan darah dan daging yang boleh menghadamkan tanahair dan menunjukkan kepada raja[4].”

Tok Kenali merupakan satu-satunya ulama’ kesayangan semua lapisan masyarakat yang tidak ada tolok bandingnya. Kisah hidup beliau merupakan lagenda-lagenda yang diperkatakan orang di segenap pelusuk negeri hingga ke hari ini. Beliau begitu popular bukan sahaja kerana ilmu pengetahuan agamanya yang tinggi dan pemikirannya yang tajam dan bijaksana, malah kerana sifat-sifat kejujuran, rendah diri, peramah, pemurah, cara hidupnya yang zuhud , bersahaja dan druwis[5].

Tok Kenali adalah diantara tokoh-tokoh ulamak yang telah diabadikan oleh rakyat Kelantan dengan gelaran ‘Tok’ yang digandingkan dengan nama tempat atau kampung di mana ulamak-ulamak itu datang, lahir, belajar atau menabur bakti mereka. Gelaran itu merupakan kemuncak penghormatan yang melambangkan ketokohan dan kemasyhuran yang meluas[6]. Namun, Tok Kenali tidak hanaya menjadi lambang kemegahan rakyat Kelantan sahaja malah kemasyhuran beliau menjangkau jauh di luar perbatasan Malaysia. Beliau dapatlah dibariskan sejajar dengan tokoh-tokoh Nusantara lain yang berjasa di zamannya dan memberi kesan yang mendalam kepada masyarakatnya[7].

LATARBELAKANG

Sejarah hidup Tok Kenali adalah sederhana, namun demikian beliau telah meninggalkan sumbangan yang mat menarik[8]. Beliau dilahirkan di Kampung Kenali pada tahun 1868 dari satu keluarga kaum tani yang soleh[9]. Nama kelahiran beliau adalah Muhammad Yusof bin Ahmad dan nama timangannya ‘Awang’, satu nama sentimental yang amat disenangi beliau. Malah, majalah ‘Pengasoh’ dalam keluaran pertamanya memperkenalkan pengarangnya sebagai ‘al-Fadhil Tuan Haji Awang Kenali’ dan Almarhum Sultan Muhammmad IV menyebut nama beliau dalam titah ucapan perlantikan beliau sebagai anggota Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dengan nama ‘ Haji Awang Muhammad Yusof Kenali’.

Beliau dilahir dan dibesar dalam zaman pemerintahan seorang raja Kelantan yang terkenal iaitu Almarhum al-Sultan Muhammad II yang terkenal dengan gelaran ‘ Sultan Mulut Merah’[10]. Beliau dilahirkan setahun selepas Masjid Besar Kota Bharu (Masjid kayu) dibina. Sesuku abad kemudian, masjid ini menjadi tempat perguruan dan kegiatan ilmiahnya yang mengharumkan nama Kelantan ke seluruh Asia Tenggara.

Dari sejak kecil lagi Tok kenali memperlihatkan tanda-tanda kebijaksanaan yang luar biasa dan minat yang amat mendalam terhadap ilmu pengetahuan . Menurut Abdullah al-Qari Haji Salleh (Aqhas) , Tok Kenali telah melanjutkan pelajarannya di Kota Bharu dalam usia kira-kira 10 tahun[11]. Beliau mendapat didikan dan bimbingan menerusi guru-guru dan para ulama’ yang terkenal seperti Encik Ismail[12], Tuan Guru al-Sheikh Muhammad Ali bin Abdul Rahman,Tuan Guru haji Taib Tuan Padng, Tuan Guru Haji Ibrahim Sungai Budor dan ramai lagi.

TOK KENALI DI MAKKAH

Setelah berpuashati dengan pelajaran-pelajaran asasnya, beliau telah melanjutkan peljaran ke kota suci Makkah pada tahun 1886[13]. Kota Makkah sememangnya sejak berzaman merupakan pusat kegiatan ulama’-ulama’ besar Nusantara yang telah meletakkan batu asas pengajian Islam yang kukuh di Asia Tenggara[14]. Makkahlah tempat para ulama’ ini menyusun dan mengarang karya-karya ilmiah yang besar serta mendidik dan melatih generasi ulama’ rumpun Melayu yang menjadi pemimpin Islam yang terkemuka di serata Nusantara. Nama-nama masyhur dan terkemuka seperti al-Sheikh Daud al-Fatani, al-Sheikh Abdul Samad al-Pelembangi, al-Sheikh Arshad al-Banjari, al-Sheikh Nawawi al-Bentani, al-Sheikh Ahmad Khatib al-Sumbasi (hanya sekadar menyebut beberapa nama) dan puluhan yang lain. Mereka ini terdidik di kota suci Makkah dan merupakan barisan ulama’ yang ideal dan menjadi sumber ilham dan dorongan bagi para pelajar Islam di zaman itu untuk dijadikan model terbaik dalam mengejar cita-cita mendalami ilmu Islam[15].

Ketika Tok Kenali berada di Makkah, terdapat seorang ulama’ besar bernama al-Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani. Beliau seorang guru yang sangat alim serta seorang pengarang yang amat handal dalam pelbagai bidang ilmu. Datuknya seorang mubaligh Islam dari Hadratmaut dan keturunan salasilahnya dikatakan bersambung dengan sahabat besar Saidina Uthman al-Affan. Beliau bukan sahaja menghasilkan karya-karya hebat dalam bidan-bidang ilmu Fiqh, Usulluddin dan tatabahasa Arab, malah turut menyumbang pemikiran dalam ilmu perubatan dan sejarah. Menurut catatan Haji Wan Muhammad Shahir bin Haji Abdullah Riau, beliau turut menyusun sejarah peperangan umat Islam Patani melawan penjajahan Siam[16]. Beliaulah yang mengubah nama Patani sempena dengan umbi kata bahasa Arab ‘Fatan’ yang bererti fitnah , huru-hara dan kacau bilau. Ini membuktikan beliau mempunyai cita-cita politik yang tajam terhadap tanah tumpah kelahirannya.

Satu keahlian dan keistimewaan al-Sheikh Ahmad yang tidak ada pada ulama’-ulama’ besar lain di Nusantara yang terdahulu ialah kehandalan beliau mengarang di dalam bahasa Arab. Boleh dikatakan hanya beliau dan Sheikh Nawawi al-Bentani sahaja merupakan dua ulama’ rumpun Melayu yang mempunyai kesanggupan melahirkan karya-karya ilmiah dalam bahasa Arab setaraf dengan para ulama’ keturunan Arab[17].

Inilah latarbelakang guru ulung yang mengasuh dan mendidik Tok Kenali . Dengan mengenali latarbelakang sedemikian , mudahlah bagi kita untuk menyusuri kesan-kesan seorang guru yang besar pada murudnya itu. Selama kira-kira 20 tahun Tok kenali menikmati segala macam ilmu pengetahuan yang penting di zamannya menerusi guru beliau Sheikh Ahmad. Beliau memperlihatkan dedikasi dan kebolehan yang luar biasa hingga beliau menjadi seorang ulama’ yang disayangi gurunya. Sebagai menghargai ketaatan dan kebolehan beliau, Sheikh Ahmad telah membawa beliau melawat Mesir pada tahun 1903. Lawatan mereka yang bersejarah itu berlangsung dalam dekad akhir zaman Muhammad Abduh, pembaharu dan penggerak umat Islam yang ulung di abad ke 20[18]. Tiga tahun selepas lawatan tersebut, al-Sheikh Ahmad telah meninggal dunia.

TOK KENALI KEMBALI KE KELANTAN

Buat pertama kalinya Tok kenali mengalami satu keadaan kekosongan yang amat besar kekosongan yang amat besar dalam hidupnya. Beliau merasa kehilangan tujuan yang lebih jauh lagi untuk terus tinggal di Makkah kerana segala ilmu yang menjadi matlamat pelajar di zaman itu telahpun tercapai dari arwah gurunya. Kerana itulah kira-kira 2 tahun selepas kematian gurunya, beliau berangkat kembali ke Kelantan iaitu pada tahun 1908 dalam usia 40 tahun.

Ketika Tok Kenali kembali dari Makkah, negeri Kelantan berada di bawah pemerintahan Sultan Muhammad IV yang masih bergelar Raja Kelantan dan ketika itulah rundingan-rundingan sedang rancak dijalankan di antara para pembesar Siam di satu pihak dengan pegawai kerajaan Inggeris di satu pihak yang lain. Setahun kemudian, Kelantan berada di bawah naungan penjajah Inggeris.

Jadi, tahun kembalinya Tok Kenali dari Makkah dapatlah dijadikan batu tanda bagi titik tolak permulaan zaman baru naungan Inggeris di Kelantan, dimana cabaran-cabaran baru ke arah kemajuan sedang menunggu tokoh-tokoh yang kembali dengan ilmu pengetahuan dan kebolehan mereka. Tanpa membuang waktu , Tok kenali terus memulakan kegiatan ilmiahnya di tanahair dengan membuka Pondok Kenali yang terkenal itu. Secara kebetulan, Kelantan ketika itu ditadbir oleh sahabat beliau Meneteri Besar Datuk Perdana Menteri Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail. Persahabatan diantara dua tokoh itu telah bermula sejak mereka berusia belasan tahun lagi dimana mereka sama-sama belajar dengan Encik Ismail yang merupakan bapa Datuk Nik Mahmud. Semasa di Makkah juga, kedua-duanya sempat berguru dengan al-Sheikh Ahmad walaupun berlainan bidang. Tatkala Tok kenali dapat mewarisi ilmu tatabahasa Arab dan ilmu-ilmu agama yang lain, Datuk Haji Nik Mahmud telah mewarisi ilmu dan pandangan kemasyarakatan dan siasah (politik) yang tinggi dari al-Sheikh Ahmad.

Kepulangan Tok Kenali sebenarnya telah menyambung semula satu persahabatn lama itu dan kedua-duanya terus bekerjasama dan berganding bahu dalam memajukan negeri Kelantan serta meluaskan penyebaran ilmu pengetahuan yang tinggi. Untuk maksud itu, Tok Kenali terpaksa berulang-alik ke Kota Bharu dan akhirnya bertugas di Masjid Besar Kota Bharu yang tidak lama selapas itu dikenali sebagai sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang gemilang di Semenanjung Tanah Melayu.

Kerjasama antara kedua tokoh ini dapat dilihat apabila Tok Kenali sentiasa dirundingi oleh Datuk haji Nik Mahmud bukan sahaja dalam soal agama malah dalam persoalan umum. Ini kerana, disamping sifat Tok Kenali sebagai ulama’ besar, beliau juga terkenal mempunyai pandangan-pandangan yang tajam dalam bidang kemasyarakatan dan sahsiah. Gandingan kedua mereka telah menyaksikan tertubuhnya Majlis Agama Islam (1915), terbukanya Madrasah al-Muhammadiah (1918) dan terlancarnya majalah Pengasoh (1918).

Setelah 25 tahun berbakti kepada masyarakat Islam, Haji Awang Muhammad Yusof Kenali telah kembali ke rahmatullah pada 19 November 1933 dengan meniggalkan satu barisan ulama’ yang terkenal seperti Tuan Guru Haji Yaakob Ligor, Tuan Guru Haji Ali Salehuddin, Tuan Guru Haji Uthman Jalaluddin Saring, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, Tuan Guru Haji Yaakub Ahmad dan Tuan Guru Haji Saad dan al-Sheikh Anjun[19] dari Asahan Indonesia.

PENUTUP

Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan hasil-hasil karya dan penulisan yang besar dalam mana-mana bidang pengajian Islam, jasa beliau yang paling besar ialah kejayaan beliau melahirkan satu angkatan ulama’ yang memegang obor pengajian tinggi Islam bukan sahaja di negeri Kelantan dan Malaysia, malah di Thailand, Kampuchea dan Indonesia di separuh abad pertama kurun ke 20. Beliau juga telah membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, Nahu Saraf dan Balaghah di dalam sistem pelajaran pondok. Kepakaran beliau dalam bidang-bidang tersebut merupakan satu lagenda di kalangan ahli-ahli ilmu di zaman itu kerana dikatakan dalam kebanyakkan waktu beliau mengajar tanpa menggunakan kitab.



Nota Hujung

[1] Lihat artikel Abdul Ghani Yaakub al-Fatani (1997), “Alam al-Malayu wal al-Aqliyat al-Islamiyyah” , Kuliyyah Ilmu Wahyu & Warisan Islam. Lihat juga Ahmad Omar Chapakia (2000) , Politik Thai & Masyarakat Islam di Selatan Thailand, hlm. 26 dan 34.

[2] Terdapat pelbagai buku yang menceritakan tentang tokoh Kaum Muda ini. Antara yang terbaru adalah Alijah Gordon (1999) , The Real Cry of Syed Syaykh al-Hady ; Abu Bakar Hamzah (1981) Al-Imam : Its Role in Malay Society 1906-1908 dan Abdul Aziz Mat Ton (2000), Politik al-Imam. Penulisan-penulisan ini mengupas sumbangan serta pemikiran Syed Syeikh al-Hady sebagai pelopor Kaum Muda ketika itu.

[3] Membawa maksud duduk,

[4] Utusan Qiblat , April 1978; Koleksi Peribadi Dato’ Haji Mohd. Salleh Hassan Farid al-Banjari (MOSBHA)

[5] Boleh dikatakan sifat-sifat ini telah membentuk keperibadu\ian beliau sejak belajar di kota suci Makkah hingga beliau menjadi ulama’ yang terbilang. Beliau melayani yang bijak, beliau menghormati orang-orang dewasa. Beliau tidak pernah menghampakan pemberian dan jemputan dari sesiapa sahaja, dan jika diberi maka pemberian-pemberian itu akan dibahagikan pula kepada orang yang disekelilingnya dan apabila dijemput maka beliau akan tampil menjadi tukang masak. Inilah sifat-sifat dan cara hidup beliau yang membuat setiap orang yang berhubung dengan beliau menyimpan kenangan yang indah terhadap beliau.

[6] Antara para ulama’ yang setaraf dengan beliau yang diberi penghormatan ini adalah Tok Khurasan, Tok Bachok, Tok Kemuning, Tok Mesir dan Tuan Tabal (hanya menyebut sebahagian sahaja).

[7] Terdapat penulisan terbaru tentang kisah dan riwayat ulama’ Nusantara. Lihat Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu, Siri 4 (diterbitkan pada tahun 1999) dan 11 (2000).

[8] Shafii Ibarhim, “Tok Kenali” dalam Ismail Mat (1993), Ulama Silam Dalam Kenangan , 32.

[9] Bapa beliau teah meninggal dunia ketika usia beliau 5 tahun. Shafii Ibrahim , “Tok Kenali”, 30.

[10] Lihat PULO (1998) ,” Summary of the History of the Kingdom of Malay Patani and Kelantan Dynasty”.

[11] Beliau ketika itu dididik oleh datuknya , Tok Leh hingga mahir membaca dan menulis hingga dilantik menjadi kerani oleh Penghulu Kubang Kerian, Tok Kueng. Keinginan beliau untuk menguasai ilmu menyebabkan beliau sanggup untuk berulang-alik dari kampung beliau ke Kota Bharu dalam usia 9-10 tahun. Shafii Ibrahim , “Tok Kenali”, 30.

[12] Encik Ismail merupakan bapa kepada Datuk Perdana Menteri Kelantan pada awal kurun ke 20, Haji Nik Mhmud.

[13] Secara kebetulan, tahun 1886 menyaksikan kemangkatan Sultan Muhammad II (Sultan Mulut Merah) dan pertabalan Sultan Ahmad sebagai pemerintah baru negeri Kelantan.

[14] Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohammad Redzuan Othman (2000) , The Malays in the Middle East , UM Press , 6.

[15] Maklumat ini didapati oleh penulis menerusi koleksi peribadi Dato’ Haji Mohd. Salleh Hassan Farid al-Banjari yang belajar di kota suci Makkah antara tahun 1930-1938.

[16] Abdul Ghani Yaakub al-Fatani (1997), “Alam al-Malayu wal al-Aqliyat al-Islamiyyah”.

[17] Penulisan beliau dalam bahasa Arab meliputu pelbagai bidang pengajian penting di zamannya , antaranya Tashil al-‘Alam’ dan ‘Minhaj al-Islam fi Sharhu Hidayatil al-Ulum’.

[18] Konsep pembaharu dan penggerak Islam ini dikenali dengan istilah Islah & Tajdid.

[19] Al-Sheikh Anjun merupakan seorang murid beliau yang bijaksana yang kemudiannya menjadi guru terkemuka di Masji al-Haram Makkah pada dekad 20an (Utusan Qiblat, Jilid 1978 Bil. 90 ; Koleksi Peribadi MOSBHA).

Selasa, Mac 18, 2008

Peranan Islam Dalam Pembentukan Politik Masyarakat Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

Kedatangan Islam sekitar abad ke 14 telah merubah satu budaya berteraskan Hindu-Buddha kepada satu konsep yang baru di alam Asia Tenggara amnya dan Tanah Melayu khasnya. Berlaku perubahan-perubahan besar dalam sejarah dan ketamadunan di rantau ini yang sekaligus mengubah dan merombak pandangan masyarakat. Abad 1-13 menyaksikan unsur Hindu-Buddha begitu menguasai peradaban Asia Tenggara baik dari segi kerajaan, politik, mitos, keagamaan, budaya dan sebagainya. Datangnya Islam membawa satu sinar baru yang berteraskan al-Quran dan Sunnah , unsur aqli dan naqli. Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat Islam telah memulakan satu zaman baru di alam Melayu. Islam turut memperkenalkan unsur poliitk yang akhirnya menjadi elemen penyatu terutama di kalangan kesultanan-kesultanan Melayu dalam menghadipi ancaman dan penjajahan Barat. Hingga ke hari ini , Islam memainkan peranan yang amat penting dalam senario poltik Melayu khasnya dan Malaysia amnya.

Perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air serta ingin membebaskannya daripada penjajhan disebut sebagai semangat kebangsaan. Kesedaran kebangsaan ini ialah kesedaran yang merentasi kampung, daerah dan negeri. Dalam konteks tanah Melayu atau british malaya seperti yang disebut oleh pihak penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan British. Peringkat akhir abd ke 19 mula menyaksikan Islam muncul sebagai pemangkin dalam pembentukan siyasi dan semangat kebangsaan orang Melayu.

Semangat kebangsaan di tanah Melayu boleh dikesan sejak awal kurun ke 20 lagi. Iaitu setelah pihak British menguasai seluruh Tanah Melayu, dibawah sistem pemerintahan yang dibahagikan kepada negeri-negeri Selat, Negeri-Negeri Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang Melayu. Ini kerana sehingga perang dunia kedua, kaum-kaum cina dan kiblat mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia orang Melayu ialah terhadap tanah Melayu, taat setia orang cina ialah terhadap negera cina dan taat setia orang india adalah terhadap negara india. Maka orang Melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan tanah Melayu daripada belenggu penjajah British, pada tahap-tahap awal. Jesteru itu, perbincangan berkisar kepada peranan yang dimainkan oleh Islam dalam pembentukan pemikiran politik masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Perkembangan Islam di Tanah Melayu Mulai Akhir Abad ke 19

Perubahan-perubahan sosial dan ekonomi akibat dari perluasan kuasa British di tanah Melayu dalam abad ke 19 dan awal abad ke 20 telah mempengaruhi perkembangan politik oarng Melayu. Pembentukkan pemikiran politik di kalangan masyarakat Melayu boleh dikatakan timbul serentak dengan mulanya gerakan reformis di Tanah Melayu yang dipengaruhi oleh perubahan yang disalurkan oleh masyarakat Islam di Timur Tengah. Pengaruh dari rantau itu telah memberi impak kepada pemikiran masyarakat Melayu yang mula sedar tentang kemunduran mereka dari aspek sosio-ekonomi berbanding dengan kaum-kaum lain. Kesedaran ini selaras dengan kemunculan pemimpin-pemimpin berpendidikan Arab / Timur Tengah , Melayu dan Barat yang cuba menyatukan orang-orang Melayu dan mengusir penjajah Inggeris dari sini.

Islam telah memperkenalkan sistem pendidikan baru kepada penduduk Nusantara. Pendidikan dan ilmu pengetahuan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.Tetapi, sebelum kedatangan Islam iaitu pada zaman Hindu , pendidikan dan ilmu pengetahuan hanya dapat dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Dalam Hindu, pendidikan dan ilmu pengetahuan hanya dikhaskan untuk golongan istana dan bangsawan sahaja, manakala golongan bawahan seperti golongan ‘paria’ tidak dibenarkan mengikuti pendidikan dan ilmu pengetahuan. Conthnya, kitab Mahabrata hanya boleh dibaca oleh golongan Brahmin sahaja. Sedangkan dalam Islam kitab suci Al-quran wajib dibaca dan dimiliki oleh semua manusia malah Al-Quran dijadikan pegangan hidup umat Islam.

Demi mengembangkan pengetahuan , kelas-kelas mempelajari Al-Quran diadakan hingga ke peringkat mempelajari bahasa Arab dan hukum-hukum.Pada peringkat permulaan , pendidikan dan ilmu pengetahuan yang menggunakan bahasa Arab menjadi suatu kesukaran kepada penduduk tempatan. Lantaran itu lahirlah beberapa tokoh yang berusaha menterjemahkan kitab-kitab bahasa Arab ke bahasa tempatan supaya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Dalam Islam , manusia wajib belajar tentang sebarang ilmu pengetahuan yang benar, yang diredai Allah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud,” Sesiapa yanag ingin kesenangan di dunia hendaklah berilmu dan sesiapa yang ingin kesenangan dunia dan akhirat hendaklah berilmu”. “ tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri China”. Ini bermakna Islam menitikberatkan kepada pendidikan dan ilmu pengetahuan. Dengan itu , kedatangan Islam telah mendorong penduduk tempatan Nusantara untuk mempelajari ilmu pengetahuan.

Islam telah memperkenalkan pelbagai ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Ilmu pengetahuan Islam adalanh berdasarkan kepada Al-Quran dan al-Hadis. Dlam Al-Quran mengandungi ilmu pengetahuan untuk kemajuan manusia di dunia dan akhirat. Bagi mendapat ilmu pengetahuan dan memilikinya, maka kita hendaklah mempelajarinya dan mengkajinya serta mengikut apa yang dikehendakinya.

Oleh kerana Islam menitikberatkan kemajuan dan kemakmuran dunia dan akhirat, maka dalam Islam terdapat banyak cabang ilmu pengetahuan. Perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan berjalan serentak dengan perkembangan Islam. Oleh yang demikian, Tanah Melayu dan Indonesia muncul sebagai gedung Khazanah ilmu pengetahuan Islam yang terkenal di Asia Tenggara.

Sistem pendidikan pondok mula diperkenalkan oleh alim ulama’ dari Timur Tengah sekitar awal kurun ke 19. Sistem-sistem ini mula popular terutama di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Sekolah pondok merupakan satu institusi tradisioal Islam yang berkonsepkan Tarbiyyah dan memberi didikan berkenaan hukum-hukum Islam serta ibadah.

Awal kurun ke 20 menyaksikan kemunculan golongan ulama’ yang digolongkan sebagai Kaum Muda. Selaras dengan kemunculan Kaum Muda, muncul sistem pendidikan bercorak madrasah . Sekolah-sekolah seperti madrasah ini telah membangkitkan lagi Islam di Tanah Melayu. Satu era baru dalam pemikiran telah diperkenalkan oleh Kaum Muda . Hasilnya, muncul tokoh-tokoh intelek yang lebih terbuka dan berfikiran kritis. Secara perlahan-lahan timbul kesedaran politik dengan permulaan gerakan pemulihan Islam di tanah Melayu.

Golongan berpendidikan pondok merupakan antara golongan pertama yang menyahut panggilan jihad menentang penjajahan. Peranan Islam dalam sejarah perkembangan anti-penjajahan . Konsep jihad digunakan untuk menyemarakkan semangat perjuangan menentang penjajah Kristian. Perkara ini diungkapkan oleh Snouck Hurgonje :

“… yang harus ditakuti oleh pemerintah bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik.

Syed Hussein al-Attas menegaskan bahawa Islam telah mempelopori gerakan anti-penjajahan. Aliran dan fahaman lain seperti komunisme, sosialisme dan nasionalisme hanya datang selepas itu atau lebih spesifik ide-ide ini hanya datang pada awal abad ke 20.

Semangat anti-British yang berlaku di negeri-negeri Melayu sepanjang penghujung abad ke 18 dan awal abad ke 20 tampak membawa ciri-ciri keIslaman yang begitu besar. Lihat sahaja gerakan anti-British di Perak pada tahun 1875 hingga mengorbankan J.W.W. Birch, Residen Inggeris yang pertama itu. Ia dikatakan berkait rapat dengan ketidakpuasan hati hasil dari pentadbiran Inggersi yang dilihat menjejaskan kedudukan agama Islam.

Pahang pada tahun 1891 dan Kelantan menerusi Pemberontakkan Tok Janggut 1915 telah dikaitkan dengan semanagat Jihad. Unsur Islam dilihat lebih ketara di Terengganu pada tahun-tahun 1922, 1925 dan 1928 yang dipimpin oleh Haji Abdul Rahman Abdul Hamid , Sayyid Sagap dan Musa bin Abdul Ghani. Penentangan di Terengganu ini walaupun berisukan Undang-Undang Tanah yang diperkenalkan oleh Inggeris pada tahun 1921, jelas menampakkan pimpinan ulama’ dan tuan guru. Salah satu faktor Undang-Undang Tanah ditentang kerana ia amat bertentangan dengan hukum pemilikan harta dalam Isalam atau faraidh.

Peranan dan ketokohan tokoh-tokoh agama dan membangkitan perasaan anti-British di Terengganu diakui oleh H.W. Thompson :

“religious feeling has always run very high in Terengganu and it is probabble that the religious leaders made the most of every case of hardship.


Penentangn ini turut dikaitkan dengan Sarekat Islam. Pertubuhan ini ditubuhkan di Terengganu dalam dekad 1920an dan ia dipelopori leh aktivis-aktivis Sarekat Islam Indonesia yang lari ke Terengganu akibat tekanan penjajah Belanda.

Gerakan Islah as-Siyasi (Politik) & al-Dirasi (Pendidikan) di Tanah Melayu

Menurut Kamus Dewan , Islah membawa maksud ‘ (penyelesaian perbalahan) dengan jalan baik atau dengan jalan damai.’ Tajdid pula membawa maksud ‘ pembaharuan; yang menurut ulama’ Fiqah bererti menghidupkan kembali jalan Rasul yang semakin ditinggalkan akibat amalan bid’ah. Prof. Dr. Hassan Ahmed Ibrahim merumuskan bahawa konsep Islah dan Tajdid merupakan satu gerakan reformasi dunia Islam yang bukan merupakan satu fenomena baru dalam sejarah Islam. Ini berdasarkan Nabi Muhammad sendiri digelar al-Muslih al-Azim (Reformer Par Excellence) dan Khulafa’ al-Rashidin ynagterkenal dengan sumbangan mereka dalam Islah dan Tajdid. Beliau turut menekankan konsep islah dapat dilihat disepanjang pensejarahan Islam dimana apabila umat Islam mengalami kemerosotan (decay) akan muncul Mujadid yang akan menyeru penghapusan amalan Bid’ah dan mengembalikan ajaran Islam kepada asalnya.

Gerakan pembaharuan yang berlaku di Tanah Melayu dipengaruhi oleh dua aliran iaitu dari India dan Asia Barat. Aliran Asia Barat menampilkan fahaman Islah yang bersumberkan pemikiran tokoh-tokoh pembaharu atau tajdid seperti Ibnu Taymiyyah, Muhammad bin Abdil Wahab, Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Ridha. Manakala, aliran India lebih tertumpu sumber pemikiran Shah Waliullah al-Dahlawiyy. Walaubagimanapun, aliaran Asia Barat atau Timur Tengah ini lebih besar pengaruhnya kerana ia telah dikembangkan dengan gigih oleh graduan-graduan Timur Tengah terutama dari Mesir dan Makkah. Tokoh-tokoh yang terkenal adalah Syeikh Tahir Jalaluddin, Saiyid Syeikh al-Hadi, Syaikh Abu Bakar al-Asha’ari dan ramai lagi.

Gerakan Islah ini telah berjaya memajukan daya fikir masyarakat Islam melalui konsep anjuran Ijtihad dan penolakan taqlid. Umat Islam diseru bersikaplebih kritis, meninjau semula pemahaman dan amalan agama serta kembali kepada asas al-Quran dan Sunnah Rasul. Justure itu, gerakan ini telah berjaya memberi satu nafas baru kepada bidang pendidikan ataupun dikenali sebagai Islah Dirasi dengan mempelopori sistem persekolahan agama. Sistem sekolah agama ini terus menjadi satu alternatif kepada sistem pondok yang dilihat kurang bertenaga dalam menghadapi cabaran Ummah. Reformasi pendidikan dilakukan termasuk memperkenalkan satu sistem kurikulum yang menarik dan lebih pelbagai dan merangkumi matapelajaran agama dan akademik. Satu perkara yang menarik adalah penggalakkan pembelajaran bahas Inggeris , sesuatu yang selama ini ditentang oleh sistem pondok yang menganggap ia merupakan pelajaran orang kafir.

Selain itu, kesedaran turut diberi tentang kejatuhan dan kemerosotan Islam, sebab-musababnya serta saranan penyelesaiannya. Seruan-seruan ini telah mendorong orang Melayu untuk bergiat secara individu dan menubuhkan badan-badan kebajikan yang kemudiannya meningkat kepada tertubuhnya penubuhan badan-badan politik yang memperjuangkan kemerdekaan.

Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah pada penghujung abad ke 19 di Mesir telah mempengaruhi telah mempengaruhi pemikiran politik masyarakat Melayu. Gerakan Islah atau Reformis pimpinan Sheikh Muhammad Abduh (1804-1905) di Kaherah telah memperjuangkan konsep Pan-Islamisme. Muhammad Abduh pula mendesak umat Islam kembali kepada asas iaiatu al-Quran dan al-Sunnah / Hadith . Beliau berpendapat, hanya menerusi cara Islam yang asal dan telus sahajalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan kemunduran sosio-politik moden.

Menjelang dekad pertama kurun ke 20. Gerakan reformasi Islam telah sampai ke tanah Melayu. Gerakan ini dipelopori melalui gerakan oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani.

Syeikh Muhammad Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut kehendak zaman moden, tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama Islam yang sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajara allah dan rasul seperti yang tercatit di dalam al-quran dan al-haddis. Yang diesuaikan ialah perkara-perkara dan hal-hal takwil serta pentafsiran Islam mengenai sesuatu pendapat atau hukum di dalam al-quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap baru, prgresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.

Konsep pan-Islamisme telah diutarakan oleh Jamaluddin al-Afghani, seorang pemuda reformis Islam yang radikal dan revolusioner pada akhir abad ke 19. Konsep ii mempunyai matlamat untuk melahirkan nasionalisme yang berteraskan agama Islam yang mengaku dan menghendaki satu bangsa yang berdasarkan agama Islam dan sebuah negara Islam yang besatu padu dan berdaulat.

Pada masa itu juga, ramai orang Melayu yang telah pergi ke luar negeri, tetrutamanya ke Timur Tengah untuk mempelajari agama Islam. Tidak kurang juga yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformis di Timur Tengah itu telah memengaruhi kedua-dua kumpulan tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat Melayu berlandaskan agama Islam.

Perkembangan di Timur Tengah merupakan sumber llham bagi pertumbuhan kesedaran yang semain meresapi masyarakat Melayu. Keadaan ini telah dipelopori oleh penuntut-penuntut Melayu yang telah pergi ke Timur Tengah seperti Syeikh Tahir Jalaluddin. Sayed al-Hadi dan Syeikh Muhammad Salim al-Kalali. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat Melayu berdasarkan identiti agama Islam.

Idea Pan-Islamisma ini telah mempengaruhi pemikiran pelajar-pelajar Melayu di Universiti al-Azhar, Mesir. Apabila mereka tamat pengajian dan kembali ke tanahair, golongan inilah yang memulakan gerakan Islah. Pemimpin-pemimpin utama ketika itu terdiri dari Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Mereka telah memulakan penerbitan majalah al-Manar serta menyebarkan ide-ide Muhammad Abduh menerusi akhbar al-Imam.

Al-Imam tampak mengikut langkah majalah al-Manar yang mendapat sumbangan lidah pengarang dari majalah al-Qurwatul al-Wusta terbitan Jamalussin al-Afghani di Paris. Al-Imam mengemukakan betapa pentingnya pendidkan, pelajaran dan ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama menyeru umat Islam membuang budaya kolot dan fanatik. Dalam masa yang sama ia turut menyeru umat Islam bersatu dan membangunkan kebudayaan Islam di seluruh alam.

‘Seruan Azhar’ dan ‘Pilihan Timur’ turut diterbitkan dan majalah ‘Seruan Azhar’ tahun 1927 mendesak penduduk Tanah Melayu menjadi lebih berani dan tidak membiarkan Inggeris menentukan masa depan mereka. Satu tuntutan penduduk Tanah Melayu diberi kebebasan bercakap turut diminta dan menyeru supaya diadakan pemberontakkan jika ia tidak ditunaikan. Majalah ini nampak bebas kerana ia diterbitkan di luar yang jauh dari kawalan Inggeris.

“They dealt freely with forbidden topics of nationalism and politics of the Middle East.”

Syed Sheikh al-Hadi menerbitkan majalah al-Ikhwan di Pulau Pinang pada tahun 1925 yang banyak memuatkan perjuangan Kaum Muda dalam isu agama dan sosial. Menerusi majalah inilah Sheikh Tahir Jalaluddin mengemukakan pendapat bahawa umat Islam di Tanah Melayu lemah dalam pentadbiran agama hingga menyebabkan Inggeris begitu mudah mengambil kesempatan. Beliau turut mengkritik pendidikan agama yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh agama ketika itu yang dianggap ketinggalan zaman. Syed Sheikh al-Hadi turut memulakan gerakan Kaum Muda menerusi al-Imam tersebut. Matlamat utama ialah untuk memajukan orang-orang Melayu dan kembali kepada al-Quran dan Hadith. Kaum Muda juga ingin membebaskan Islam dari kepercayaan lama yang membantutkan kemajuan. Mereka menyeru orang Melayu menggunakan akal fikiran dalam amalan agama. Kemunduran ekonomi hanya boleh diperbaiki menerusi pengamalan Islam yang sebenar. Beliau pernah menegur oramg Melayu yang tidak menggunakan kesempatan kemajuan yang dibawa oleh british untuk kepentingan diri. Beliau menyatakan :

“The signs of prosperity and wealth have manifested themselves because of the fair rule of the British Government , which has attracted money from European nations; banks have been opened here (Malaya) to serve the public; the foreigners have used them ………….

Menjelang akhir kurun ke 19, terdapat sekolah-sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah Melayu dan sekolah inggeris yang disediakan bagi orang Melayu. Sekolah-sekolah Melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan barat dan selatan tanah Melayu sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai dikalnagn orang Melayu. Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang Melayu menjadi lebih pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang british sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja.

Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah Melayu oleh orang inggeris ini bukan satu yang ikhlas, maa tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka surat khabar Melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya 'Jawi Peranakan', 'Khizanah al-ilmu' dan ‘Taman Pengetahuan’. R. J. Wilkinson selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat khabar Melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap kemajuan intelek dan material orang Melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat khabar, telah membuka mata orang Melayu, terutamanya generesi muda terhadap isu-isu yang mempengaruhi orang Melayu.

Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan. Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilai keIslaman semasa kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum ingiren. Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan untuk menanan semangat kebnagsaan pada tahap-tahap awal. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila Islam memasuki era reformasi, maka barulah sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda kaum Melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di Tanah Melayu

Walau bagimanapun, Kaum Muda ini tidak menubuhkan sebarang parti politik . perjuangan mereka adalah menerusi akhbar dan majalah yang bertujuan membawa konsep Islah Islamiyyah. Mereka turut mengadakn perbincangan agama atau ta’alim di masjid serta medirikan madrasah dan sekolah agama moden. Kita dapat lihat satu perubahan ketara kerana sebelum ini sistem sekolah agama hanya tertumpu kepada pembacaan al-Quran dan hal-hal akhirat semata. Kemunculan sekolah agama moden seperti Madrasah iqbal al-Islamiyyah di Singapura (1907) , Madrasah al-Hadi di Melaka (1915) dan madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang (1916) bertujuan untuk mengubah sistem lama. Walaupun asasnya pengajian Islam, matapelajaran lain seperti bahasa Inggeris, Geografi, Sains dan aspek akademik lain turut diketengahkan.


Aliran Islah dari India pula sebenarnya turut mempengaruhi umat Islam Tanah Melayu terutama golongan muda. Kecenderungan ke arah India bagaimanapun tidak begitu menyerlah. Golongan ini boleh dilihat di kalangan bekas pelajar Melayu yang belajar di India ataupun yang pernah berguru dengan ulama-ulama India. Terdapat juga kumpulan yang tidak pernah belajar mahupun berguru dengan ulama India tetapi dipengaruhi oleh konsep-konsep pembaharuan pemikiran Islam India. Golongan ini merupakan golongan intelek berpendidikan Barat tetapi mempeljarinya melalui buku-buku oleh ahli-ahli fikir dari India yang ditulis atau diterjemah dalam Bahasa Inggeris.

Golongan para pelajar dari India memusatkan kegiatan mereka di Kota Bharu , Kelantan. Antara tokoh utamanya adalah Haji Nik Abdullah bin Haji Musa yang dipengaruhi pengajaran Maulana Ubaidillah al-Sindhi Yang merupakan pengikut Mujadid besar India Shah Waliullah al-Dehlawi. Kepakaran Haji Nik Abdullah dalam soal pemikiran Islam telah mendorong beberapa pelajar Melayu untuk belajar di India.

Za’aba pula merupakah salah seorang tokoh yang dipengaruhi dengan Islah dan tajdid Ahmadiyya dari India. Beliau tertarik dengan majalah ‘The Light’ terbitan Ahmadiyya di Lahore dan ‘Islamic Review’ terbitan Shah Jehan Mosque. Penulisan Za’aba berkenaan politik kolonial Inggeris diinterpretasi sebgai bahaya dan bernada keras terutama rencana ‘Teriak Yang Sebenar’. Rencana ini membangkitkan semangat orang Melayu dalam membebaskan negara dari penjajahan asing.

Satu asas kepercayaan kepada Islam cuba diterapkan oleh Haji Nik Abdullah berdasarkan ajaran Islam yang rasional dan tidak berdasarkan taqlid buta seperti yang kebiasaannya diamalkan selama ini. Konsep ini sesuai dan selari dengan pendapat Shah Waliullah tentang kepercayaan agama dan pertimbangan harus berlandaskan logik dan penjelasan hujah hukum syariat yang dapat dipercayai.

Kemunculan Gerakan Turki Muda pimpinan Mustafa Kemal Attaturk turut mempengaruhi kesedaran kebangsaan Melayu, Ide-ide Attaturk telah mempengaruhi kesedaran semangat kebangsaan Melayu. Kejayaan beliau dalam ’memodenkan’ Turki apabila mengisytiharkan Turki sebagai sebuah republik pada tahun 1923 dianggap satu inspirasi. Ini dilihat menerusi kejayaan Gerakan Turki Muda membangkitkan semangat kebangsaan di sana. Ekonomi Turki telah berjaya dikuasai semula oleh orang tempatan lantas mengurangkan pengaruh Yahudi. Kebangkitan ekonomi ini membolehkan kerajaan memberi peluang yang luas kepada orang Turki.

Majalah al-Imam turut menekankan kepentingan pengaruh Turki sejak zaman kerajaan Uthmaniyyah lagi terutama semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Malah dalam keluaran pertama majalah tersebut, Turki dan Jepun telah dijadikan sumber ilham penentangan kuasa barat oleh Islam dan Asia. Tokoh Islam dari Turki iaitu Sayyid Muhammad wajih al-Jailani turut memainkan peranan penting dalam seruan supaya umat Islam bersatu. Pengaruh Turki ini bukan sahaja di Tanah Melayu malah amat berpengaruh di Indonesia. Walaubagaimanapun cubaan pemerintahan Bani Umayyah ini gagal dengan kejayaan gerakan Turki Muda mengambil alih tapuk pemerintahan Turki.

Prof. Datuk Khoo Kay Kim menerangkan tentang kegiatan seorang tokoh ulama’ bernama Haji Wan Ahmad bin Wan Ngah yang berasal dari Kelantan dan kemudian menetap di Temoh, Perak pada tahun 1923. Beliau merupakan pengasas al-Madrasah al-Ahmadiyyah di Temoh. Beliau juga merupakan seorang pejuang yang radikal dalam mendukung aspirasi pan-Islam. Ini dijalankan dengan cara mengatur perjumpaan jemaah haji mengambil kesempatan berjumpa dengan orang-orang Turki di Makkah untuk mempereratkan silaturahim di kalangan umat Islam. Haji Wan Ahmad berpendapat corak pemerintahan Turki lebih sesuai berbanding Inggeris dan beliau pernah mencabar Undang-Undang Inggeris kerana tidak selaras dengan al-Quran.

Kejayaan yang dicapai oleh Gerakan Turki Muda dalam menentang penguasaan kuasa asing turut mengilhamkan orang-orang Melayu seperti Za’aba untuk melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme di tanah Melayu dan memajukan diri dalam pelbagai bidang.

Pengaruh dari Indonesia menyemarakkan lagi semangat untuk mara dan mengubah sikap dan diri. Akhbar Edaran Zaman dan Sinaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi telah menggambarkan perjuangan Sarekat Islam, sebuah pertubuhan politik yang menggunakan Islam bagi menyatukan umat Islam di Indonesia dalam menentang penjajahan Belanda. Jadi, bolehlah dikatakan perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia telah mempengaruhi pemikiran politik penggerak nasionalis Melayu. Perkembangan nasionalisme Tanah Melayu dilihat mula berkembang seiring dengan gerakan nasionalis di Indonesia yakni berteraskan perjuangan menerusi Islam yang asal.

Gerakan kemerdekaan rakyat indonesia menentang pemerintahan belanda telah memberi semangat kepada golongan Melayu yang ingikan pembebasan daripad penjajahan british. Sareket Islam yang ditubuhkan pada tahun 1912, dengan tujuan memelihara kebajikan dan ekonomi orang indonesia serta emnyatukan orang Islam dengan menyebarkan ajaran Islam. Parti ini amat popular di Pulau Jawa. Parti ini mendesak penjajah Belanda supaya memberi pemerintahan sendiri kepada rakyat Indonesia.

Orang Melayu di Tanah Melayu amat tertarik dengan ideologi parti tersebut, tambahan pula terdapat persamaan ketara dari segi agama, baasa dan kebudayaan, di antara masyarakat Islam di indonesia dan mayarakat Melayu di tanah Melayu, jadi orang Melayu di tanah Melayu mendapat banyak ilham daripada perjuangan yang dilakukan oleh Sarekat Islam di indonesia

Di samping itu pelajar yang sedang belajar di Timur Tengah, telah berhubung dengan peajar indonesia yang turut belajar di situ. Tujuan mereka ialah untuk berganding dan sama-sama memperleh pembebasan dari penjajah.

Penilaian Gerakan Reformasi Islam dalam Politik Tanah Melayu

Usaha golongan reformis seperti kaum Muda ini mendapat tentangan hebat dari golongan tadisional yang lebih dikenali sebagai Kaum Tua. Wujud konflik hebat dalam dekad 1920an antara kedua-dua golongan ini. Kaum Tua dilihat sebgai satu golongan konservatif dan berpegang teguh kepada adat-adat lama[58].

Idea islah kaum muda telah mendapat tentangan hebat dari golongan pihak rasmi agama dan tradisional yang dikenali sebagai kaum tua. Kaum tua menganggap idea kaum muda itu membahayakan suasana masyarakat, politik dan agama yang sedia ada. Mereka bertindak balas denagn menerbitkan majalah ‘Pengasuh’. Majalah ini diterbitkan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Kelantan. Oleh kerana kuatnya pengaruh kaum tua, majalah-majalah terbitan kaum muda diharaman dibeberapa buah kerajaan negeri. Majalah-majalah ini hanya dibenarkan dinegeri-negeri yang tidak ramai penduduk Melayu seperti di negeri-negeri selat. Pemimpin-pemimpin kaum muda juga dilarang daripada berucap di masjid-masjid

Konflik ini telah membawa perpecahan di kalangan umat Islam di tanah Melayu. Umpamanya pada tahun 1925 di Kelantan, berlaku satu pergaduhan di perkarangan masjid Kampung Laut. Pemimpin Kaum Muda yang terlibat adalah Haji Wan Musa Abdul Samad. Perselisihan ini akhirnya telah melibatkan Sultan Kelantan, Mufti dan majlis Agama Islam Kelantan.

Konflik-konflik yang berlaku disebabkan konsep pembaharuan melalui penulisan telah menimbulkan rasa curiga di kalangan para pemimpin agama terutama di Selangor, Negri Sembilan, Perak, pahamg, Johor, kedah dan Kelantan. Perselisihan pendapat anatara dua golongan ini tlah mendapat perhatian beberapa akhbar. Ahmad Lutfi ketika menjadi pelajar di Mesir telah menyindir ulama menerusi penulisannya dalam Seruan al-Azhar. Mereka dikatakan mentaati orang besar kerana mengharapkan sesuatu hingga ke tahap menggunakan ayat al-Quran dan Hadith untuk mengukuhkan kuasa. Akhbar ‘Saudara’ banyak memuatkan berita berkenaan gerakan Islah Kaum Muda. Kaum Tua pula bertindak dengan menerbitkan ‘Lidah Benar’ untuk menyanggah pendapat Kaum Muda. Akhbar-akhbar lain seperti ‘Suara Benar’ di Melaka dan majalah ‘Panduan’ di Kuala Kangsar turut memutkan penadangan Kaum Tua. Dalam menyaingi Kaum Tua, ‘Semangat Islam’ dan ‘Edaran Zaman’ telah diterbitkan oleh Kaum Muda.

Kerajaan British pula menganggap kritikan-kritikan dan seruan Kaum Muda cuba menghuru-harakan sistem politik Tanah Melayu. British telah bertindak dengan melarang membawa masuk majalah dan risalah terbitan Kaum Muda di beberapa buah negeri. Pada tahun 1925, satu peraturan baru diadakan di Selangor dan Negeri Sembilan. Ini diikuti di perak pada tahun 1926. Peraturan ini disertakan dengan hukuman berat kepada sesiapa yang menerbit atau mencetak penulisan berunsur Islam tanpa kebenaran Sultan dan Majlis Agama. Mufti dan pegawai agama Islam turut didesak menapis semua penulisan yang ada hubung kait dengan Islam.

Sebagai satu tindak balas, novel ‘Hikayat Faridah Hanum’ telah diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi. Novel ini menekankan kepentingan pendidikan dan kebebasan yang lebih luas diberi kepada wanita. Pada tahun 1934, Maahad Ihya al-Sharif telah didirikan di Gunung Semanggul oleh Ustaz Abu bakar al-Bakir. Maahad ini dipengaruhi oleh Kaum Muda. Antara kepentingannya adalah peluang yang diberi kepada pelajar wanita dalam usaha tidak mengabaikan pendidikan untuk wanita.

Walaubagaimanapun , Kaum Muda ini tidak menampakkan kematangan dalam menggerakkan sebuah organisasi. Hanya selepas Perang Dunia Pertama menyaksikan terdapat pelbagai persatuan dan kelab yang ditubuhkan di Tanah Melayu terutama di Pulau Pinang , Singapura dan Melaka. Persekutuan Keharapanan Belia pula ditubuhkan pada tahun 1916 di Johor Bharu dan pada tahun 1918, Persekutuan Indera Kayangan ditubuhkan di Alor Setar.Tahun 1919 menyaksikan tertubuhnya Persekutuan Perbahasan Orang-Orang Islam Muar yang bertujuan membincangkan langkah untuk memajukan orang Melayu.

Penutup

Idea pemulihan kaum muda yang berpendidikan arab ini mempunyai kesan tersendiri dalam membangkitkan kesedaran petama orang Melayu mengenai kedudukan mereka dalam sebuah masyarakat yang sedang pesat membangun.

Islam dan Politik tidak dapat dipisahkan dalam pemikiran politik orang Melayu hingga ke hari ini. Ini dapat dilihat menerusi senario politik masa kini yang masih bertunjangkan konsep Islam sebagai elemen penting dalam kepolitikan Melayu.

Kita tidak dapat lari dari membincangkan konsep islah dan tajdid antara elemen utama dalam pembentukan pemikiran politik masyarakat Melayu. Jelaslah , Islam memainkan peranan besar dalam membentuk politik kita. Kemunculan pertubuhan Melayu seperti Persatuan Sahabat Pena (1934), Kesatuan Melayu Singapura (1926) dan Persaudaraan Sahabat Pena (1937) selepas era kaum Muda adalah satu kesinambungan peranan Islam kerana pertubuhan ini turut memperjuangkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu.

Sesungguhnya dalam membentuk kesedaran plitik masayarak Melayu, dorongan pelbagai faktor dimulakan oleh Islam itu sendiri. Malah, Islam itu sendiri digunakan untuk menyatukan masyarakat sertu mengubah persepsi orang Melayu terhadap Islam sebagai satu agama yang menuntut umatnya mencari kemajuan. Dalam erti kata lain, Islam menerusi gerakan-gerakan yang ada telah meletakkan asas dalam gerakan menentang penjajah sebelum dan selepas perang Dunia Kedua.

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...