Jumaat, Disember 30, 2011

Azam & Tekad Tahun Baru 2012

dari ChangkatNingkeBTP


Kita baru sahaja melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1433 . Dalam tak sampai 32 jam lagi Tahun Masihi 2012 akan menjelma. Tentunya seperti amalan setiap tahun, ramai yang berazam dari sebesar ingin mencapai kejayaan tertinggi hinggalah sekecil ingin menurunkan berat badan atau ingin berazam kurangkan tidur dan bermalas-malas. Namun, amati betul-betul azam kita selama ini. Adakah ia hanya retorik mengikut adat setiap tahun ataupun satu tekad yang kita pandang serius untuk mencapainya. Kitalah penentu. Kitalah hakim.
Namun harus diingat, azam dengan tekad yang sebenar perlu ada. Jangan jadikan ia hanya mainan mulut. Lihat sahaja nanti di media-media sosial, disebalik ucapan tahun baru akan terselit juga azam-azam masing-masing. Buat tahun 2012 ini, jadikanlah azam kita semua satu tekad dengan niat sebenar-benarnya untuk mencapainya. Jangan lupa, azam ini perlulah yang positif.
Ingatlah Firman Allah dalam Al-Qur’an yang mafhumnya :
“….Sesungguhn“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)ya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Oleh itu, sebelum bertekad untuk mencapai azam yang besar dan mega, mulakanlah dengan keazaman untuk meningkatkan dan memperbetulkan sifat kita dahulu. Hanya dengan ini azam-azam lain pasti terlaksana. Mulakanlah dengan niat untuk menjadi Hamba Allah yang terbaik dan hebat. Susuli pula dengan amalan-amalan yang sebaik-baiknya. Hijrahlah dari keadaan dan perangai yang tidak baik kepada yang lebih baik. Iringi dengan doa’, usaha dan tawakkal kepada Allah Ta’ala. Pasti dengan izin Allah, azam kita yang hanya untuk memperbaiki diri dan berIslah kepadaNya akan menjadi pemangkin kita untuk mencapai kejayaan dalam berkeluarga, berkerjaya, bermasyarakat dan seterusnya bernegara. Semua itu perlu bermula dari DIRI kerana “ATTITUDE” itu 100% namun “FEAR of GOD” adalah 101 %.
Selamat berazam dan bertekad pada Tahun 2012 … Moga kita bukan sahaja sekadar HIDUP,  tetapi menjadi yang TERBAIK dan BERJAYA disisi ALLAH. Moga kita semua mendapat Rahman dan Raheem ALLAH sentiasa. Wallahu a’lam

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...