Sabtu, Januari 25, 2014

The Personal Side of Ahmad Ibrahim by Mohamed Sidek Ahmad

dari ChangkatNingkeBTP

image
A
Artikel yang disertakan selapas coretan saya ini sebenarnya mengembalikan kenangan saya terhadap pensyarah saya yang sangat saya kasihi iaitu Allahyarham Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim. Saya antara pelajar sains politik tahun akhir waktu itu di IIUM pada pertengahan tahun 1998 yang perlu mengambil subjek ITL atau Introduction to Law. Paling mengejutkan kumpulan kami ini adalah pensyarah yang akan mengendalikan kami adalah beliau yang memang sangat gah namanya waktu itu dan memegang jawatan besar di IIUM. Bagi kami ini satu penghormatan besar yang tidak tersangka terutama bagi saya secara peribadi dimana Allahyarham merupakan kenalan arwah bapa sewaktu beliau di Universiti Malaya. Malah, kumpulan tersebut merupakan yang pertama dan terakhir dari kalangan pelajar sains politik yang diajar dan dibimbing oleh Allahyarham Tan Sri. Jadual kuliah juga cukup menarik iaitu pada Isnin jam 7.30 pagi (Pada waktu itu jadual kuliah biasa adalah 9.00 pagi). Menariknya, dari minggu pertama hingga ke penghujung semester, tiada siapa dari kalangan kumpulan tersebut yang ponteng ke kuliah walaupun dari kalangan pelajar yang jarang ke kuliah untuk subjek-subjek lain. Mungkin kerana segan atau mungkin kerana sangat menghormati beliau. Secara peribadi, saya sentiasa hadir ke kuliah Allahyarham kerana peluang untuk berguru dengan ikon besar ini sangat teristimewa malah pelajar undang-undang IIUM waktu itu pun belum tentu dapat berguru secara langsung dengan beliau. (Course outline subjek ini sahaja sudah menjangkau 18 halaman!). Mana mungkin ku akan ponteng kuliah beliau. Lagipun, kesudian arwah untuk mengambil kelas kami yang bukan dari fakulti beliau serta di peringkat sarjana muda sahaja sudah cukup membuat kita berfikir dua kali untuk ponteng.   Tan Sri semamangnya pendidik yang hebat tanpa perlu banyak berceloteh. Tiada lawak jenaka, tiada hiruk pikuk dalam kuliah tetapi aura dan ilmunya sangat mengkagumkan. 

Saya masih ingat tugasan bertulis saya untuk ITL itu adalah perbandingan antara undang-undang Shariah dan undang-undang manusia. Saya mendapat A untuk tugasan tersebut dan hingga hari ini saya masih menyimpan tugasan yang disemak oleh Allahyarham Tan Sri. Menerusi kuliah ini juga saya belajar mengenai apa yang sebenarnya berlaku disebalik isu Natrah dimana Tan Sri merupakan peguam Mansor Adabi, suami Natrah. Pelbagai isu perundangan sivil dan Shariah juga diperjelas oleh Tan Sri. Inspirasi Tan Sri ini jugalah membawa saya hingga menjadi seorang ahli akademik pada hari ini. Besar jasa beliau pada saya. Kenangan bersama  Allahyarham tidak dapat dilupakan. Paling menarik, beliau juga peminat setia Liverpool seperti saya :)..... Al-Fatihah untuk Allahyarham Profesor Tan Sri Dr Ahmad Mohamed Ibrahim, Halal dan restukanlah segala ilmu .... Doaku berterusan untuk pensyarahku, moga dalam maghfirah ALLAH dan ditempat di jannah jua.

Isnin, Januari 20, 2014

Perihal Politik Selangor - Isu Kalimah Allah

dari ChangkatNingkeBTP

Isu-isu politik terkini di Selangor sangat menarik terutama dengan beberapa peristiwa menarik yang berlaku di dalam kerajaan negeri. Antara isu yang terbesar adalah isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi disebalik tindakan rampasan bible berbahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini. 
Sebelum itu, satu hakikat yang ingin saya tegaskan di sini adalah bahawa sememangnya ALLAH itu adalah untuk semua. Namun, penggunaan kalimah ALLAH oleh pelbagai agama perlu dilihat dari sudut hukum, amalan, adat setempat dan mengapa kalimah itu digunakan. Satu aspek lagi yang perlu dilihat di sini adalah penggunaan kalimah ALLAh di negara-negara Timur Tengah dan di Borneo (Sabah dan Sarawak) agak berbeza dengan amalan di Semenanjung Malaysia. Kalimah ALLAH juga bukanlah satu-satunya kalimah yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam kerana terdapat lebih kurang 40 kalimah yang dilarang penggunaannya. 

Pengumuman OUM

dari ChangkatNingkeBTP

Mohon maklum kepada semua pelajar yang mengambil subjek kendalian saya menerusi e-tutor iaitu ABKK1103 Introuction to Political Science.m ABKK1203 Intro to Political Theory, ABKK1303 Malaysian Politics & ABKK2103 Political Economy - kuliah online & perkongsian semasa akan bermula minggu ini di forum OUM.

Selamat Datang & Salam SUKSES

Khamis, Januari 09, 2014

Ucapan Sempena Hari Cerebral Palsy Peringkat Sarawak

dari ChangkatNingkeBTP
Ucapan saya sewaktu Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh MyCP Zon Sarawak. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) , Y.Bhg. Tuan Lawrence Lai.
Ucapan Pengerusi MyCP
Sambutan Hari Cerebral Palsy Peringkat Negeri Sarawak  2013
Serta Pelancaran Tabung MyCP Zon Sarawak
Ahad, 8 Disember 2013, Kelab Rekreasi Petroleum Lutong, Miri, Sarawak

Assalamualaikum wbt. & Selamat Pagi serta Salam Inspirasi dari kami di Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP). Yang Berbahagia Tuan Lawrence Lai, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) selaku tetamu kehormat majlis pada hari ini. Yang Berbahgia En Maring Anak Kajop, wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Yang Berusaha Puan Magdaline Puyang, selaku Wakil MyCP Zon Sarawak dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Hari Cerebral Palsy MyCP Peringkat Negeri Sarawak Yang Dihormati Saudara Christopher Alvin selaku salah antara seorang ikon OKU Sarawak, Dif-dif jemputan, pimpinan komuniti setempat, pimpinan parti politik tempatan, rakan-rakan media, , ibubapa, para sukarelawan dan anak-anak Cerebral Palsy yang diraikan sekalian. Terlebih dahulu, syabas dan setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Jawatankuasa pelaksana MyCP Zon Sarawak, para sukarelawan, para penyumbang, ibubapa dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Jasa anda semua dalam membantu demi anak-anak Cerebral Palsy sangat tinggi nilainya. Terima kasih setingginya saya ucapkan buat YBhg Datuk Bandar atas kesudian hadir ke majlis ini. Tentunya kehadiran YB adalah lambang keprihatinan Bandaraya Miri dan kerajaan negeri Sarawak terhadap fasilitasi dan kebajikan golongan yang memerlukan fasilitasi di negeri yang bertuah ini.

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...