Sabtu, September 23, 2017

Program MPU CDFS Mengupayakan OKU

dari ChangkatNingkeBTP
Program MPU CDFS Mengupayakan OKU


Mahasiswa UNISEL peduli golongan kurang upaya

OLEH NAEEM RAFFI
SHAH ALAM, 3 SEPT: Komited melahirkan belia dan masyarakat yang prihatin terhadap kanak-kanak istimewa,
Universiti Selangor (UNISEL) menganjurkan Program Cakna Insan Autistik dan Disleksia UNISEL 2017, baru-baru ini.
Program anjuran mahasiswa yang menyertai kursus Khidmat Masyarakat itu turut memuatkan forum bertajuk ‘Membentuk Generasi OKU yang Cemerlang’. 
Dekan Pusat Pembangunan Pengajian Asasi, Dr Hamdan Dato’ Mohd Salleh selaku moderator membincangkan isu-isu berkenaan golongan kurang upaya disamping memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk mendalami dan menanam sikap hormat serta sayang kepada golongan istimewa.
8
Antara panel yang hadir adalah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Dr Rina Abdul Shukor, Pengarah Gening World Solution, Puan Ainizal dan bekas pelajar UNISEL yang menghidap dyslexia, Khairul Anwar Korai.

Turut diadakan aktiviti permainan antaranya tutorial menggunakan bahan grafik, puppet show dan teka-teki bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa, pelajar dan masyarakat dalam membudayakan golongan kanak-kanak kurang upaya.

Tiada ulasan:

Industrial relations and legislation in Malaysia -Overview

dari ChangkatNingkeBTP Industrial relations and legislation in Malaysia are governed by various laws and regulations aimed at maintaining ha...